Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 14 Jun 2011

Lynas Project Gebeng Kuantan


Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan manusia yang sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang. Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.

1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2. 100% milik Lynas Australia.

3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.

7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8. Bebas Cukai selama 12 tahun.

9. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10. Harga satu tan pada RM364, 800.

11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

# * Ore dilombong di Mount Weld Australia.
* Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.
* Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
* ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
* Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

14. Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

* Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
* Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
* Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
* Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
* Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
* Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
* Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium. 
 

INSIDEN

 18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

banyak lagi sumber berkaitan dapat dilayari di :
http://tahirnisa.blogspot.com
http://stoplynas.blogspot.com
http://pahangdaily.blogspot.com
 

Rabu, 10 November 2010

Pilihan Dapur Sesuai

PILIHAN dapur sesuai memerlukan perancangan teliti, cita rasa dan dan bajet.

Pilih jenis kayu berlamina kerana ia lebih ekonomik selain tidak memerlukan bajet besar.Jika tiada idea, gunakan sentuhan pakar bagi merealisasikan binaan kabinet serta ruang dapur menarik.

Pemilihan dan gabungan warna material penting untuk menonjolkan gaya dapur yang istimewa.

Kombinasi bersesuaian sama ada menggayakan rekaan dapur U, I, atau L perlu untuk memberi ilusi ruang dapur kelihatan luas dan selesa.

Rekaan dapur bajet harus disesuaikan dengan pelan lantai ruang bagi memberikan keselesaan kepada penghuni.

Ruang dapur apartmen sesuai dengan kabinet dapur berbentuk L kerana lebih praktikal dan memanfaatkan ruang.

Bagi kediaman teres, pilih gaya kabinet dapur bentuk I untuk dekorasinya.

Gaya pemegang tidak perlu dipandang ringan untuk disatukan bersama pintu kabinet.

Ia mampu mencorak identiti pintu kabinet itu sebagai aksesori tambahan untuk mengubah wajah kabinet dapur.

Pastikan perabot di dapur praktikal

DAPUR antara ruang penting kediaman dan ada yang sanggup berbelanja lebih untuk pembinaan kabinet, memasang hud dapur dan penataan segenap penjuru ruang itu.
Keluasan ruang antara cabaran menghias kerana kreativiti dan kebijaksanaan perlu diketengahkan sepenuhnya.


Apatah lagi reka letak kerusi dan meja makan perlu disesuaikan jika ruang dapur turut berfungsi sebagai ruang makan.


Cuba ketengahkan gaya penataan pilihan dengan memberi tumpuan kepada segenap penjuru ruang biarpun sudut kecil yang kurang digunakan.


Sebelum menetapkan sebarang perabot dan perhiasan mengisi ruang itu, pastikan ia praktikal selain menepati tema. Perancangan ruang perlu mengambil kira bilangan anggota keluarga, namun untuk lebih selamat, tempatkan sebuah meja kecil dilengkapi dua dan tiga kerusi. Sediakan ruang kecil untuk menempatkan tiga orang bersantai di ruang itu umpamanya sebuah meja kecil khusus pasangan romantik menikmati makan malam berdua. Sementara meja makan saiz besar boleh ditempatkan, jika ruang dapur anda luas anda diingatkan tidak mengisi terlalu banyak perhiasan untuk keselesaan.


Bagaimanapun, keperluan dan keselesaan keluarga perlu diutamakan umpamanya ruang bekerja tidak sesuai diwujudkan bagi mereka yang mempunyai anak kecil.


Ruang dapur luas juga boleh menempatkan sudut koleksi kenangan termasuk cenderahati istimewa dan kraftangan unik yang pernah anak dan anda hasilkan.


Jangan meletak terlalu banyak koleksi kenangan dalam satu ruang khas hingga mengubah pandangan keseluruhan ruang.


Rancang dengan teliti sebelum menyusun letak segala perhiasan di ruang berkenaan supaya perhiasan itu tidak mengganggu konsep dekorasi yang anda ketengahkan.